Tuesday 2 October 2012

kata bilangan

Dalam kumpulan kata bilangan yang tersenarai, kesilapan selalu berlaku pada penggunaan perkataan yang berikut:

1)… dalam berbagai bidang …(SALAH)
    … dalam berbagai-bagai bidang …(BETUL)

2)… merangkumi berbagai kegiatan …(SALAH)
    … merangkumi berbagai-bagai kegiatan …(BETUL)

3)… di kedua buah negara …(SALAH)
    … di kedua-dua buah negara …(BETUL)

4)… antara kedua tugas inilah …(SALAH)
    … antara kedua-dua tugas inilah …(BETUL)

5)… setengah koperasi …(SALAH)
    … setengah-setengah/sesetengah koperasi …(BETUL)

6)… para-para petugas …(SALAH)
    … para petugas …(BETUL)

7)Tiap usaha …(SALAH)
    Setiap/Tiap-tiap usaha …(BETUL)

berbagai : ada bandingannya; ada sepertinya; ada persamaannya
berbagai-bagai : bermacam-macam; berjenis-jenis

kedua : (bilangan, peringkat dll.) yang nombor dua
kedua-dua : kelompok yang terdiri daripada dua (orang dll.)

setengah : seperdua; separuh
Setengah-setengah/sesetengah : beberapa; sebilangan daripadanya

para-para : Rak tempat menyimpan barang-barang dll.
para : kata yang mendahului kata-kata lain untuk menyatakan banyak.

tiap : kata akar yang hanya hadir apabila diimbuhkan dengan awalan se-, atau digandakan.
setiap/tiap-tiap : satu-satu daripada …; masing-masing; berulang dari semasa ke semasa; saban.

No comments:

Post a Comment